Not A New Norm, But A New Paradigm!

Oleh : Mohamad Hafiz b. Yahaya

2020

Published in AICAD Virtual Art Exhibition (IVAE 2020) Catalogue (eISSN: 2773 –  5524)

 

Wabak pandemic coronavirus 2019 adalah titik perubahan yang mengubah secara radikal kehidupan sosial dan ekonomi di seluruh dunia (Woods, 2020). Virus merbahaya ini cepat merebak di kalangan penduduk di seluruh dunia. Banyak negara yang terkesan dengan serangan Pandemik coronavirus 19. Kesan yang besar adalah pada sector ekonomi dan diikuti dengan   sector-sektor lain yang turut terkesan dengan Pandemik ini.  Sistem kehidupan di seluruh dunia turut menghadapi cabaran besar yang mengubah aktiviti kehidupan seharian manusia. Namun, ketika wabah mulai memasuki “fasa baru”, pemerintah dan individu harus mengambil tindakan lebih lanjut untuk mengurangi risiko dan meminimalkan penularan sambil menjaga kegiatan sosial dan ekonomi (Kasai, 2020). Arahan seperti Lockdown dan Work from Home disarankan pemerintah bagi mengawal penularan wabak Covid – 19 (Povera, 2020). Pihak kerajaan dan NGO turut bersama-sama berganding bahu bagi menyekat penyebaran wabak ini.

Aktiviti social masyarakat di seluruh dunia banyak yang terjejas akibat dari penularan wabak ini. Aktiviti kehidupan seharian banyak yang perlu dihindarkan kerana ia mungkin mempercepatkan penularan wabak ini (Povera, Arumugam, Harun, 2020). Jika sebelum Pandemik covid 19 kita bebas keluar bekerja serta beriadah di luar rumah, namun kini semua aktiviti perlu dilakukan di dalam rumah. Bekerja juga turut digalakkan secara mod bekerja dari rumah. Manakala aktiviti  seperti pembelajaran, perniagaan (digalakkan) dilakukan  secara On Line. Masyarakat perlu berusaha menyesuaikan diri dengan perubahan baru di dalam kehidupan yang dikenali NEW NORM (Povera, 2020). Istilah New Norm bermaksud kita menjalankan aktiviti kehidupan dengan norma baharu seperti yang disarankan pemerintah. Menurut Buheji (2020), semasa era ini, kelincahan, rasa ingin tahu, pengurangan risiko, belajar dengan meneroka, belajar dengan melakukan, dan fokus, sangat diharapkan. Penerokaan pada era New Norm di dalam kehidupan menjadikan manusia matang untuk menangani wabak yang menular di seluruh dunia ini. Dalam keadaan baru ini, semua konsep akan berubah. Konsep-konsep ini akan lebih penting kerana dunia sering mengalami banyak masalah sosio-ekonomi yang menunjukkan perlunya perubahan. 

New Norm membawa satu perubahan dan ini menunjukkan bahawa kita menjadi lebih selesa menggunakan teknologi di dalam kehidupan seharian. Masyarakat semakin terbiasa menggunakan video untuk membina hubungan yang kuat dan berkekalan sama ada untuk aktiviti profesional atau peribadi dari jarak jauh. Pekerjaan dijalankan secara online dan pembelajaran anak-anak turut dijalankan secara online. Pembelian barangan harian atau makanan turut menggunakan aplikasi atas talian bagi urusniaga. Ini ternyata wabak yang kita hadapi telah menjadi pemangkin terbesar untuk transformasi digital yang telah digunapakai di seluruh dunia. Kesediaan digital tidak lagi menjadi pilihan, ia menjadi keperluan.

Pada sisi seni visual, istilah New Norm adalah sesuatu yang pahit untuk ditelan. Aktiviti seni visual yang kebanyakannya merupakan aktiviti secara fizikal yang telah diamalkan selama ber abad lamanya. Pelukis yang menghasilkan karya seni akan mempamerkannya di galeri bagi tatapan pengunjung dan peminat seni. Namun keterbatasan Lock Down yang menghalang orang ramai dari berhubung secara fizikal menyukarkan aktiviti berpameran bagi pelukis. Ini turut menyukarkan peminat seni dan pihak galeri untuk menghadiri dan mengadakan pameran seni visual. Sesetengah penggiat seni visual melihat keadaan ini sebagai satu perkara yang merugikan. Namun seperti aktiviti kehidupan yang lainnya, aktiviti seni visual juga perlu mencari alternatif baru bagi menjalankan aktiviti kesenian yang sesuai dengan keadaan semasa Ketika pandemic covid 19 ini.

Semasa proses lock down yang berlaku di seluruh dunia, internet merupakan satu platform terpenting bagi manusia berhubung dan melakukan aktiviti. Platform social media menjadi tempat manusia berhubung dan meluahkan perasaan pada Ketika berlakunya pandemic covid 19. Bagi pelukis, platform social media juga menjadi tempat untuk meluahkan ekspresi di mana kebanyakan pelukis dari seluruh dunia mulai memuat naik gambar – gambar karya seni  yang dihasilkan Ketika situasi pandemic covid 19. Keadaan ini menjadi tular dimana karya-karya yang berkisar keadaan pandemic covid 19 diekspresikan di dalam pelbagai medium. Subjek yang masyhur adalah  berkaitan dengan frontliner yang melawan covid 19. Di Malaysia lukisan frontliner banyak dihasilkan bagi menghargai pengorbanan barisan hadapan dalam melawan virus covid 19. Perdana Menteri Malaysia iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan Barisan hadapan  adalah pahlawan negara kita. Mereka adalah pahlawan unsung heroes yang telah bekerja sejak hari pertama negara mengesan virus tersebut dan Mereka telah membuat pengorbanan yang tidak ternilai dan besar bagi negara. Mereka mengambil risiko berada di barisan depan untuk menangani sesuatu yang sangat asing dan tidak pernah ditangani sebelumnya, (Adib, Povera, Hana Naz Harun, 2020).

Walaupun Wabak ini mempengaruhi artis, galeri dan semua orang dalam industri seni, namun alternatif baru harus diusahakan bagi melestarikan aktiviti kesenian (visual art) agar kekal rancak. Terdapat  galeri yang mengadakan pameran dalam talian bagi meneruskan aktiviti kesenian. Usaha ini sangat efficient kerana seni itu harus sentiasa mengikut peredaran semasa. Ini adalah perkara baru dan masih ada ruang untuk kita meneroka aktiviti seni yang menarik dan terus meningkatkan produktiviti, (Lin 2020).

Terma online exhibition telah lama diperkatakan dan dipraktikkan oleh sesetengah penggiat seni. Untuk menyelamatkan koleksi budaya dan warisan kita, pameran dalam talian adalah kaedah yang baik. Selain menyimpan dan menyebarkan pengetahuan, mereka memainkan peranan penting  sebagai penghubung komunikasi antara koleksi yang sangat berharga dan masyarakat umum (Leonget al, 2008). Bertepatan dengan peredaran masa dengan keadaan semasa yang dihujani dengan teknologi, Online Exhibition mampu memberi alternatif baru bagi penggiat seni untuk mempamerkan hasil karya mereka di dalam galeri secara maya. Jumlah penonton juga adalah tidak terbatas. Situasi ini mampu memberi tindak balas positif bagi pelukis untuk mempamerkan karya serta membina portfolio dengan lebih mudah.

Seni kontemporari sentiasa mencipta paradigma baru. Ini dapat dilihat di mana penciptaan karya berpaksi seni kontemporari sentiasa dilihat melangkaui zaman dan sukar untuk diklasifikasikan berbanding seni moden (Kaitavuori, 2016). Pelukis mula mencari gaya dan cara penghasilan baru bagi penghasilan karya seni visual. Format pameran turut menjadi elemen penting bagi seseorang pelukis bagi mempamerkan hasil karyanya. Dengan terdapatnya teknologi yang berada di sekitar kehidupan manusia, ini memungkinkan seseorang pelukis dengan mudah untuk mempamerkan hasil karyanya di dalam galeri Maya.

Online Exhibition ini diharap mampu menjadi lonjakan paradigma buat pelukis bagi mempamerkan hasil karya individu di dalam “Ruang Baru” iaitu ruang Maya. Sebagai pelukis, sesuatu yang berlaku disekelilingnya adalah satu pengalaman baru yang harus digunakan sebagai peluang bagi mencipta kelainan. Pandemik Covid 19 merupakan satu masalah bagi seluruh masyarakat dunia, namun tidak salah juga jika dikatakan yang ianya juga merupakan peluang untuk membuka lembaran baru di dalam kehidupan. Norma dahulu yang diaplikasikan di dalam kehidupan kita tidak harus di tinggalkan, tetapi Norma Baru yang banyak memberi faedah kepada kita juga perlu digunapakai dengan sebaiknya. Pelukis harus merebut peluang menggunakan platform Online Exhibition kerana ini memberi peluang kepada mereka untuk meneroka ke pasaran yang lebih luas di dalam dunia seni.

Pameran IVAE 2020 ini yang disertai oleh pelukis dari 9 negara yang diwakili oleh pelukis / pensyarah seni lukis dan seni reka dari  Institusi Pengajian tinggi. Diharap setiap peserta yang menyertai pameran ini mampu mengaplikasikan penerokaan terhadap lembaran baru dari sisi teknologi dan atas talian ke dalam pembelajaran dan pengajaran di institusi masing-masing. Permuafakatan yang wujud hasil dari pameran IVAE ini juga diharap mampu dipanjangkan lagi ke masa hadapan. Diharap program ini mampu menjadi platform untuk peserta berkolaborasi dan bertukar pandangan.

Rujukan :

 

Povera. A, Arumugam. T, Harun. H.N. (2020). A ‘new norm’ that should be practised. https://www.nst.com.my/news/nation/2020/05/588970/new-norm-should-be-practised. Retrieved on 16 November 2020

Povera. A, Arumugam. T, Harun. H.N. (2020).‘The frontliners are our unsung heroes’. https://www.nst.com.my/news/nation/2020/04/586310/frontliners-are-our-unsung-heroes. Retrieved on 09 Dicember 2020.

Povera. A. (2020). Saifuddin on ‘new norms’ awareness campaign tomorrow. https://www.nst.com.my/news/nation/2020/08/614684/saifuddin-new-norms-awareness-campaign-tomorrow. Retrieved on 16 November 2020.

Buheji. M. (2020). Forward from “Editor in Chief”: The New Normal – A New Era Full of Inspiration and Resilience after COVID-19. International Journal of Inspiration & Resilience Economy 2020, 4(2): 0-0 DOI: 10.5923/j.ijire.20200402.00 

Kasai. T. (2020). From the “new normal” to a “new future”: A sustainable response to COVID-19. The Lancet Regional Health – Western Pacific 4 (2020) 100043. https://doi.org/10.1016/j.lanwpc.2020.100043 2666-6065/© 2020 Published by Elsevier Ltd.

Lin. R. (2020). Rumah Seni Selangor and major artists join forces for charity art exhibition series. https://www.thestar.com.my/lifestyle/culture/2020/04/28/rumah-seni-selangor-and-major-artists-join-forces-for-charity-art-exhibition-series. Retrieved on 09 December 2020. Leong Chee Khoon and Chennupati K. Ramaiah.

Leong Chee Khoon and Chennupati K. Ramaiah

Leong Chee Khoon and Chennupati K. Ramaiah

Kaitavuori. K. (2016). THE PARADIGM OF CONTEMPORARy ART – a review. Kulttuuripolitiikan tutkimuksen vuosikirja 2016

DESIDOC Journal of Library and Information Technology, Vol. 28, No. 4, July 2008, pp. 7-21

©  2008, DESIDOC

DESIDOC Journal of Library and Information Technology, Vol. 28, No. 4, July 2008, pp. 7-21

©  2008, DESIDOC

Leong, C., Khoon, C., & Ramaiah, C. (2008). An Overview of Online Exhibitions. DESIDOC Journal of Library and Information Technology, 28, 7–21. https://doi.org/10.14429/djlit.28.4.193

Woods. J.A, Hutchinson. N.T, Powers. S.K, Roberts. W.O. (2020). The COVID-19 pandemic and          physical activity. Sports Medicine and Health Science 2 (2020) 55–64. https://doi.org/10.1016/j.smhs.2020.05.006 

TOP